Customer Always Right… Betul ke?
Assalamualaikum guys,
Lately ni teramat sibuk coz membantu paklong berniaga kat depan Plaza Metro Kajang. Selasa ke kolej dan khamis kembali ke Kajang. So tak banyak masa nak update blog. Nak FB pon jarang-jarang.. Tapi ada ke reader blog aku nih? hehehe…
Berbalik pada tajuk kat atas nu… Korang rasa Customer Always Right ke tak? Bagi aku, Tak pun…. :p … Kenapa tak? sebab minggu ni aku terpaksa berlakon manis depan pelanggan yang membuatkan aku terpaksa senyum KAMBING!!! :p
Sumpah cakap, memang sakit hati derr… Panas jer.. Aku bg 3 Kes yang aku hadapi setiap 2 hari..
KES 1.
Pelanggan : Kak, baju kurung ni berapa yer harga dia?
Aku : oo.. yang ni RM150 kak.
Pelanggan : takleh kurang lagi ker?
Aku : Boleh, sy bagi RM 110 lah.. LAst tau.. habis kurang dah tu.. (malas nak bazir masa)
Pelanggan : Ala kak, RM 100 tak boleh ke?
Aku : RM110 ni pun dah kira banyak dah kurang kak.. Kalau RM100 memang susah nak bagi kak..
Pelanggan : Ala kak, sy tengok kat dalam (Plaza metro Kajang) tu lagi murah je dari ni.. sy boleh dapat RM99..
Aku : hurm, RM 99 pun kalau akak mintak kurang pon tak dapat kan? Net price.. saya ni dah bagi kurang banyak dah tu. Sulam cantik.. Labuci lagi.
Pelanggan : RM 100 la kak……. kalau tak boleh, takpe lah..
Aku : RM110 lah..
Dia pun berlalu pergi… Okeyh, korang nampak tak tu??? Aku bagi less RM 40 kot… banyak tu.. Kalau nak beli kat dalam shopping mall, ade tak korang mintak less?? Contohnye Jusco la.. Even 55sen , sanggup korek dompet nak bayar kan… ini, kat sini da bagi less pon nak lebih-lebih lagi.. hehh!! siap kata kedai kat dalam boleh dapat lagi murah.. Kalau dapat, apsal kau tak beli je kat dalam tu miss.. Bikin gua badmood jer masa tu. Bila dah bagi RM100 kau taknak beli pulak.. buat muka sombong ngan aku.. ade aku heran?? Sikit pon tak la…
KES 2.
P : Dik, semalam akak beli baju nih.. tapi kan dek, leher dye ketat lah.. kesian anak akak ni ha.. leher Teluk Belanga ada tak dik?
Aku : Kak, size ni semua jenis leher cekak musang kak.. Lagipun semalam akak try dah kan kat anak akak.
P : tu la dik, tapi tak boleh butang ni dik. tak makan anak akak ni nanti.
Aku : Akak ambil size yang lagi besar lah.
(bila dah try size lain)
P : ala dik, sama jer.. Pulangkan duit boleh tak dik? semalam akak beli harga RM50
Aku : Camtu, kitaorang tak boleh nak pulangkan duit kak.. akak tukarlah barang lain kak.
P : akak taknak yang lain, akak nak beli baju melayu untuk anak akak ni jer.
Aku : kalau dah jual, memang tak boleh nak pulangkan duit kak.. Kena tukar barang. Semua kedai camtu kak. akak tukar la ngan pelikat ke batik ker.
P : batik akak dah banyak. akak taknak.
Aku fed-up so aku blah sebelum pahala aku kurang coz tinggi suara.. Paklong aku plak layan customer tu.
Paklong : ambil la barang lain cik, duit memang tak boleh pulangkan. Dah bayar Tokey.
P : Ala pakcik.. boleh la,. saya taknak lain tu..
Selepas 15 min, aku dan paklong juga lagi sorang pekerja fed-up sangat. So, paklong pulangkan balik RM50 tu.. Hurm, para customer sekalian, barang yang sudah dijual tidak boleh dikembalikan. Dalam kata lain, tukar boleh, nak duit semula tak boleh!!! :p Take note okeyh… :p ..
KES 3.
P : dik, kalau baju warna ni size anak akak 3 orang ni ada tak?
Aku : saya try cari dulu ye kak…
Lepas bersusah payah menbunggah segala baju yang ada….. then tak jumpe kaler yang same untuk semua anaknya terus beliau berlalu pergi sambil berkata “Takpelah dik, akak cari tempat lain jer”
Dalam hati aku, watdehal?!? penat kot bunggah and kemas balik.. kaler lain sikit pon kau takmo.. Boria eyh? hehehe… :p tema biar bertempat.. jangan dari mak bapak anak semua nak kaler same.. macam segulung kain..
Memang iman aku teruji la time kes kes cenggini berlaku.. kes lain banyak lagi.. tapi aku malas nak taip.. dah panjang dah nih… heheeh…letih korang membaca..
Kesimpulannya, tak semua tuan kedai yang baik dan leh sabar layan karenah customer. Dan aku rasa paklong aku ni dah kira baik sangat dah ni.. Dan kita customer, cubalah faham keadaan tuan kedai tu.. Diorang nak untung bukan semata-mata nak sara hidup.. tapi termasuk sewa tapak/kedai yang diorang kene bayar beribu-ribu untuk sebulan tu.. Tolong understand Lar…. :p
Ok lah, aku nak berehat… selamat malam semua… :)
Comments
Salam kenal,
nice blog,
done following you,
Kalau free jemput singgah ke blog saya,
Bagi komen and nasihat ok.
http://fahmiefiras.blogspot.com/
http://pwincessima.blogspot.com/2011/08/segmen-promosi-blog-500-follower-ke.html