Dugaan dan Hikmah
Kita selalu dengar orang bercakap “setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya”….memang betul apa yang mereka katakan, tapi segalanya akan mengambil masa….
Ni semua melalui pengalaman aku sendiri…sejak kebelakangan ni, aku di uji dengan pelbagai dugaan, dari hal pelajaran sampailah hal personal.Dan aku akui segalanya berat bagi aku untuk menempuhi dugaan ini…
Boleh dikatakan setiap hari aku menangis bila teringat tentang apa yang terjadi. Alhamdulillah, aku masih boleh bersabar dan bertahan. Pernah aku menyalahkan takdir, tapi bila aku sedar, aku menyesal…aku tak boleh melawan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. Akhirnya aku cuba belajar menerima kenyataan walaupun ia perit bagi ku…macam macam aku lakukan untuk buat aku lupa pada masalah aku…karaoke, menjerit, gelak kuat kuat, tp semua tu hanya sementara…aku masih tidak dapat merasakan ketenangan dalam diri aku…
Hari ini, aku menangis lagi…aku tak tahu macam mana berlaku, tapi Allah buka pintu hati aku hari ni… aku akui, aku seorang yg selalu ambil remeh dalam hal solat dan aurat ni… tp Alhamdulillah hari ni aku sendiri ambil wuduk dan solat dengan niat ingin mendekatkan diri padaNya…bukanlah aku ingin membuka pekung di dada, tapi aku hanya ingin bercerita untuk memberi pengajaran pada yang membaca.. Pada mulanya aku rasa menggigil, lutut ku lemah…aku gagahkan juga…habis solat Zohor, aku baca Yassin, ayat penawar segala penyakit..( aku kategori kan masalah aku ni sebagai penyakit hati)..Syukur, aku dapat merasakan sedikit ketenangan…bergenang airmata aku masa baca Yassin tu, masa tu aku sedar aku dah terlalu jauh dari Dia…aku terlalu mengejar Cinta dunia sedangkan Cinta Dia lebih agung dari segalanya…Aku teruskan hari aku dengan mendengar zikrullah dan berzikir…akhirnya aku terlena….
sedar-sedar, dah masuk waktu asar…cepat2 aku solat, takut terlepas waktu….sekali lagi aku baca Yassin, kali ini jiwa aku semakin tenang..tiba-tiba aku rasa nak sangat dengar suara mak dan ayah, tapi aku tak mampu, aku takut airmata aku mengalir bila dengar suara mereka…aku teruskan berzikir sampailah masuk waktu maghrib….sepanjang masa tu aku berfikir, Allah takkan menguji kita lebih dari tahap kemampuan kita sendiri…Allah itu Maha mengasihi…Aku meminta ketenangan hati, dan Dia berikan aku ketenangan itu… Syukur Ya Allah, Kau masih mendengar doa hamba Mu ini….aku sedar, aku dah terlalu jauh menyimpang dari landasan Syariat Mu Ya Allah…mungkin ini hidayah yang engkau berikan pada aku agar aku kembali ke jalan Mu… jalan yang lurus untuk aku ke syurgaMu Ya Allah…
Andai kata hal ini tak terjadi, mungkin sampai hari ni aku masih bersedih, masih lalai….aku lupa tujuan aku berda di sini… aku terlalu taksub dengan kebahagiaan dunia sampaikan aku abaikan pelajaran ku….terima kasih Ya Allah kerana menyedarkan aku…terima kasih kerana Kau hadirkan dia ke dalam hidupku dan terima kasih kerana kau pisahkan dia dari hidupku….aku yakin, segala yang telah Kau tetapkan memberi seribu kebahagiaan dalam hidup aku suatu hari nanti…namun, maafkan aku kerana aku masih tidak mampu memaafkan mereka ikhlas dari hati ku….
Aku Harap Penghijrahan Aku Akan Berkekalan Sehingga Hari Kau Menjemputku Ya Allah….Kau berilah aku Kekuatan dan Ketenangan dalam menempuhi hari yang Mendatang…
InsyaAllah dari berkat izinMu, aku akan menempuhi segalanya dengan mudah…InsyaAllah….Padamu Ku Berserah…dan PadaMu Ku Bersujud….
Comments