C.I.N.T.A

Sepanjang 20 tahun aku hidup dan bernafas di bumi Allah ni, pelbagai perkara telah ku lihat dan ku tempuhi.

antaranya adalah CINTA..

CINTA, satu perkataan yang banyak maksudnya dan hanya boleh ditakrifkan oleh orang yang merasai apa itu cinta..

bagi aku CINTA adalah apabila kita menghormati, mempercayai, menghargai dan membahagiakan orang yang aku cintai meskipun dia bukan milikku..itu adalah cinta kepada manusia…

CINTA kepada Allah pula apabila aku bersedia mengabdikan seluruh kehidupan ku untuk bersujud pada Allah, mengikut perintah Allah, beriman pada Allah dan Rasulnya serta malaikat dan kitab Al-Quran..Percaya pada Allah dan berpegang pada kalimah “Lailahailallah” yakni tiada tuhan melainkan Allah dan percaya bahawa “Muhamammadurasulullah” iaitu Muhammad itu pesuruh Allah..

manakala CINTA kepada ibu bapa adalah pabila aku hidup untuk membuat mereka tersenyum bukan berduka. Membuat mereka tertawa bukan bersedih. Menjaga mereka dan bukan mengabaikan mereka. Menjaga kehormatan keluarga dan bukan mengaibkan mereka.

Itulah takrifan CINTA pada diri aku. setiap orang mempunyai pendapat masing- masing dan makna CINTA masing- masing.

Telah banyak kedukaan aku lalui kerana CINTA pada MANUSIA. Telah banyak kerosakan di dunia ini kerana CINTA pada MANUSIA.

Namun, mengapa masih ada insan yang mengabdikan diri pada CINTA MANUSIA?

Membiarkan diri dilukai dan disakiti kerana CINTA MANUSIA.

Apakah CINTA pada MANUSIA itu terlalu agung hingga kita sanggup menangis kerananya?

Jika dihitung, berapa kali kita menangis kerana CINTAKAN seorang insan dan berapa kali kita menangis kerana CINTA ALLAH???

seringkali kita dengar

“ Cinta pada bunga, bunga akan layu.Cinta pada manusia, manusia akan mati. Cinta pada ALLAH itulah cinta hakiki”.

aku bercerita di sini bukan kerana ingin mendabik dada menyatakan aku memiliki cinta sempurna. tidak sama sekali.. tetapi aku bercerita di sini kerana ingin menceritakan satu perasaan yang aku sendiri lalui..mungkin akan ada insan yang merasakan meluat ataupun geli dengan apa yang aku katakan, tapi itulah hakikatnya.

Andai dirimu mampu memiliki CINTA seorang insan, janganlah terlalu mengagungkan cinta itu kerana perasaan CINTA itu sendiri datang dari ALLAH. Dia hanya memercikkan sedikit rasa CINTA pada kita untuk kita rasa bahagia, jadi janganlah terlalu bangga hingga kita LUPA bahawa rasa CINTA itu datang dari ALLAH ya RAHMAN dan ar-RAHIM (pengasih dan penyayang).

Ramai yang akan berkata “ saya cintakan awak sepenuh hati saya” atau “ hanya awak cinta hati saya, hidup dan mati saya untuk awak”. MasyaAllah, apakah cinta manusia itu lebih berhak dari cinta kita kepada Allah? Aku akui, aku sendiri pernah berkata- kata begitu satu tika dahulu. Namun kini aku sedar bahawa aku tersilap, aku sudah terlalu jauh dari-Nya. Aku meletakkan darjat cinta aku pada seorang lelaki lebih tinggi dari cinta aku kepada maha pencipta. Aku mencela diri aku, aku melukai tubuhku, aku menyakiti hati ku kerana CINTA pada seorang LELAKI. Hingga aku terlupa bahawa apa yang aku miliki adalah pinjaman di dunia semata-mata. Aku lupa bahawa DIA meminjamkan tubuhku kerana ingin aku BERSUJUD padaNYA dan dia memberikan aku hati dan perasaan agar aku sentiasa MENGINGATI-NYA. Aku lupa semua tu, aku alpa. Mungkin kerana itu aku tak pernah bahagia saat aku mencintai seorang lelaki. Mungkin itu petunjuk dari Allah agar aku kembali mencintai-NYA.

Ya ALLAH, ampunkan aku kerana aku telah melupakan-Mu. Ampunkan aku kerana aku telah menyalahkan takdir-MU saat aku kecewa sedangkan itulah QADA’ dan QADAR yang telah KAU tentukan bagi ku. Ampunkan aku kerana tidak bersyukur atas nikmat CINTA MU YA ALLAH. sesungguhnya aku hanyalah seorang hamba yang kerdil dan hina di sisi-MU ya ALLAH. Hadiahkanlah aku sebuah CINTA yang AGUNG, yakni MENCINTAIMU seluruh hidup ku. Hadiahkanlah aku sebuah kerinduan pada MU agar aku sentiasa mengingati MU, YA ALLAH. Sesungguhnya KAu maha mengetahui isi hatiku.

SAHABAT,

Sesungguhnya CINTA ALLAH itu MAHA AGUNG. Janganlah engkau terlalu mencintai seorang manusia sedangkan manusia itu tetap hamba ALLAH seperti dirimu. CINTAILAH seorang insan kerana ALLAH. Andai hari ini kau terluka kerana cinta manusia, kembalilah pada DIA kerana CINTA pada ALLAH akan sentiasa membuat kau tenang dan gembira.

 

 

 

(** semua yang aku cerita kat blog ni adalah untuk mengingatkan diri aku sendiri dan orang yang membaca. Aku juga insan biasa yang mempunyai banyak kelemahan dan tidak sempurna. Mungkin dahulu aku seorang yang tidak pernah bersyukur, tetapi kini aku cuba mengubah diri aku agar lebih baik dari dulu… pada yang rasa meluat dengan setiap entri aku, ANDA DIALU-ALUKAN UNTUK TEKAN Alt + F4 KERANA SAYA TIDAK BERUBAH KERANA ANDA TAPI SAYA BERUBAH KERANA ALLAH. tujuan saya bercerita bukan untuk mendabik dada tapi untuk mengingatkan diri saya sendiri….)

Comments

hamzah ian said…
bab cinta ni masing2 punya pendapat berbeza.. alahai..
Yu'Yu said…
CINTA.........terlalu kompleks cik farah~
hanis said…
1 minit ingat ALLAH
http://keluargaislamku.blogspot.com/2010/11/1-minit-ingat-allah.html
* Langkah 1:
* Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih:

* * SUBHANA'LLAH
* * ALHAMDULI'LLAH
* * LA I LAHA ILLA'LLAH
* * ALLAHU AKBAR
* * ASTAGHFIRU'LLAH
* * LA ILAHA ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
* * ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WABARIK 'ALA SAYYIDINA MUHAMMAD WAAALIHI WA SAHBIH AJMA'EEN

* Langkah 2:
* Hayatilah sedalamnya akan makna ayat demi ayat, perkataaan demi perkataan

* Langkah 3:
* Forward email ini kepada orang yang anda kasihi.

* Hasil 1:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa dan bermunajat kepada ALLAH SWT.

* Hasil 2:
* Dalam tempo satu jam anda telah berjasa mengajak mereka untuk mengingat, berdoa kepada Nabi Muhammad SAW.

* Hasil 3:
* Dalam masa satu jam sekurang-kurangnya 7 orang telah mendoakan kesejahteraan untuk kamu dan di-AMIN-kan oleh para Malaikat.

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?