Hari Pendaftaran Asrama & Konvokesyen ke-5 Unisel.
21/11/2010…
Hari ini aku g mendaftar asrama. Sem lepas dok luar, sem ni dapat rezeki dok hostel semula memang bersyukur sangat- sangat. dan lebih bersyukur bila Unisel dah mula gunakan sistem I-Daftar, so pendaftaran jadi mudah dan cepat. Sampaikan ayah terkejut bila farah amik kunci rumah dalam masa tak sampai 10 minit pon.
Pagi tu gerak g Klang dulu, dari Klang baru ke Unisel. Masa sampai Unisel, excited sangat bila tengok ekspo jualan kat situ. Macam- macam ada….da ala- ala Astro gitu….hehehehee….tapi yang paling geram bila tengok patung- patung nih..
comel sangat- sangat. My cousin tanye, nak ke? then my answer is : “ tunggu farah dah konvo, abg nak bagi 10 pon boleh”…ayah dengar pon tergelak…hehehe…
tapi, bila tengok orang lain konvo, aku pon jadi tak sabar nak konvo..tapi aku nak konvo tu dengan keputusan yang cemerlang…if possible, ANUGERAH DEKAN….tu yang aku nak, bak kata ayah, “ jangan sia-siakan 3 tahun masa belajar tu..biar keputusan makin naik, bukan turun..ayah taknak 3.50 tu tapi ayah nak 4.00”…huhuhu…susah jugak bila harapan mak ayah tinggi sangat ni.. jadi takut pulak, takut kalau-kalau aku TERkecewakan mak ayah…mintak-mintak idak ler…sebab aku pun nak yang terbaik..Perhaps semester ni Dekan lagi and aku akan dapat apa yang aku nak…
Tapi, ayah kata, belajar saja tak cukup. Yang paling penting pengalaman bekerja tu… Tak semua orang yang belajar tinggi sampai tingkat 4 tu dapat cari makan, dan tak semua orang yang belajar setakat tingkat 1 tu gagal nak teruskan hidup.(agak-agak korang faham x? hikhikhik)
Cikgu pun pernah cakap, “ kalau awak belajar untuk lulus exam, awak akan lulus..dan kalau awak belajar untuk bekerja, awak akan bekerja”. Maksudnya kat situ, tak semua orang yang belajar dan dapat keputusan yang bagus akan dapat kerja. Kenapa dan mengapa, biar orang tu jer tau…
So, aku belajar sebab aku nak kerja. aku nak sara mak ayah aku. aku nak bayar wit pinjaman PTPTN aku, dan aku taknak segala ilmu yang aku dapat dan duit yang aku habiskan untuk ilmu tu jadi sia-sia.
Bayangkan, 1 sijil diploma bernilai lebih kurang RM24K…kalau aku tak dapat kerja, aku dah bazirkan 3 tahun masa dalam hidup aku dan duit 24K tu pon tak dapat beli masa yang aku dah bazirkan 3 tahun tu…banyak sangat kerugiannya…
Jadi, kesimpulannya, belajarlah bersungguh-sungguh. Kalau emo pon kena control. dan cari pengalaman bekerja time belajar nih. Baru adventure…..hehehe….
OK lah…time to Sleep…..sape yang dah konvo tu, congrats ya!!! yang belum tu, do ur best!!!! biar hari konvo tu jadi hari paling bernilai dalam hidup kita…….!!!!!
ASSALAMUALAIKUM W.B.T
Comments
nk bear 2..nk..nk!!!