2 Kuning Telur Dalam 1 Cengkerang.

 

Assalamualaikum guys,

Heee!! :D

Tengok tajuk tu, kalau siapa belum pernah terjumpa kes macam ni, mesti pelik kan? Tapi tak dah bagi aku sebab mende ni jadi kat aku sendiri. Masa raya haji hari tu aku nak buat kek batik and of course kena gunakan telur ayam, dan masa aku pecahkan telur ayam tu…..

.

.

.

Tadaaa!!!

Photo0888

Ada 2 kuning telur dalam sebiji telur yang aku pecahkan tadi tu dan kuning telur tu bercantum. Serious tak tipu! huhu.. Memang agak pelik dan excited sampai aku menjerit halus masa pukul 12.15am tu. Kalau orang lemah semangat, mesti pengsan dah bila dengar aku jerit dan gelak sorang-sorang tu.. ahahaha..

Dalam kepelikan tu, aku dok keliru nak guna sebiji ke dua biji telur sebab dah ada 2 kuning telur. Tanpa fikir panjang aku pecahkan aja lagi sebiji dan teruskan misi kek batik aku. ehehe..

Baru hari ni aku nak cari punca kenapa boleh jadi mende camtu kat telur tu. Dan rupa-rupanya, 2 kuning telur tu terbentuk sebab ayam betina tu melepaskan 2 ovum serentak masa pensenyawaan telur dan akhirnya 2 ovum itu bersenyawa dalam 1 cengkerang. Jadi memang tak mustahil la kan. Bukan manusia jer boleh ada kembar, ayam pon boleh jugak.

Aku pun terfikir lagi, boleh ke anak ayam tu hidup kalau aku tak pecahkan telur tu? Dan jawapan dia boleh tapi peluang untuk anak ayam tu hidup memang tipis sebab cengkerang tu kecik, mana muat nak hidup dua-dua.. Sama ada salah seekor akan mati, atau dua dua akan mati.

Bagi aku mende ni menarik sangat dan buat aku makin kagum dengan Ciptaan Allah s.w.t. Macam manapun, aku tak pasti sangat info yang aku bagi ni memang 100% betul , so kalau ada yang salah tu tolonglah tegur yer. Tak salah nak kongsi maklumat nih! ehehe..

So, tamatlah cerita pasal telur nih.. Selamat Malam..

 

Sumber : Telur

Comments

Ca Ezah said…
subhnallah~ ade gak ye ayam kmbar.. :)

wah~ da cat baru la blog far..hihi
THE GREEN said…
tak pernah pulak jadi mcm ni sblm ni...
Unknown said…
@BLADE EDGE Tu lah, first time gak nih. selepas 21 tahun hidup...
Unknown said…
kwkkwkwkwkk baru saja saya pecahkan telor dan memasak nya...!! heran 1 telor ada 2 kuning telor wkwkwkwkwk anjret.... heran dan kaget... oikkkk


balas kembali.

Popular posts from this blog

Laksa Vietnam ( Bansong)

Apa itu SOM TAM?

Siapa nak bela HARIMAU?