Posts

Showing posts from March, 2014

Kerja last minute

Hahaha.. 3am dan aku masih belum tidur. Masih menyiapkan report FYP aku. Esok ada pre-presentation, kecut perut rasanya. Dah la banyak tak siap lagi dan madam nak tengok 80% siap. Huhuhu... Inilah padahnya buat kerja last minute. Tapi kali ni aku bukan sengaja nak buat last minute, cuma terlalu banyak hal perlu diutamakan sebelum fyp nih. Tambah pulak dengan halangan yg ada, so terpaksalah buat masa masa akhir nih. Akibatnya sekarang ni la, tidur lambat. Kelas kul 8am dan sekarang pon belum tidur lg. Perjuangan harus diteruskan. Huhuhu. Tapi aku rasa bukan aku sorang je suka buat keje last minute nih. Ramai lg yg suka. Hahaha... Idea dtg mencurah curah katanya.. Samelah dengan aku pon. Hihihi... Lumrah hidup seorang student.

Rindu

Aku rindu Rindu saat itu Aku rindu Rindu kau kata kau sayang aku Aku rindu Kau senyum depan aku Aku rindu Gigi kau tu Aku rindu Ketawa kau tu Aku rindu Tengok kau merajuk Aku rindu Aku rindu

Fyp oh fyp

Image
Keletihan melanda diri. Letih apa? Letih mencari idea nak nengarut dalam report Fyp nih. Aduhai sangat.. Kalau diikutkan memang aku ada byk masa utk siapkan report. Tapi apakan daya banyak hal yg lebih penting harus diselesaikan.. Setiap 2 minggu ulang alik unisel -  Pekan. Letih dan penat tapi terpaksa demi cinta yg mendalam terhadap ibu bapa. Ikutkan boleh je aku cuba siapkan kt sana tapi tu la, internet connection agak menyakitkan jiwa. Nak keluar tak boleh sebab kena makesure mak ayah makan ubat on time. Sekarang aku dah kat Unisel tersayang dan masih tak dapat nak siapkab fyp coz takde idea nak menulis. Plus, apa yg aku faham dan nak buat tu bercanggah daripada apa yg orang dah buat. Nak taknak kena follow je la kan. Erm... Letih la camni.

Jangan Kembali

Bersama berdua meredah mimpi; Mimpi indah kita bersama; Milik kita, kita sahaja. Alangkah indah saat bersama; Hanya berdua tiada ketiga; Biarkan mereka engkau kata. Tapi semua hanyalah mimpi; Aku tersedar kembali ke realiti; Aku toleh kau tiada di sisi. Ke mana kau pergi? Pulangkan hati yang engkau curi; Kembalikan dan jangan kau ambil lagi. Apakah terlalu lama aku bermimpi; Kerana terlalu lama sakit yang aku rasai; Pergi kau pergi; Jangan kembali lagi. Biarkan aku di sini; Bersendiri; Memendam rasa perit di hati. Jangan kau kembali untuk melukai; Aku tak rela terluka sekali lagi; Aku pinta jangan kembali.

Semalam, Hari ini & Esok

Semalam aku gembira; Hari ini aku berduka; Esok belum dapat ku duga.   Semalam kau dan aku bersama; Hari ini aku di sini kau di sana; Apakah esok kita masih akan berjumpa?   Semalam kau katakan kau akan ajarkan aku bahagia; Hari ini kau pergi tanpa kata; Mungkinkah esok kau akan kembali semula?   Semalam kau berjanji akan terus bersama selamanya; Hari ini kau tiada di depan mata; Mungkin esok aku terus bersendiri selamanya.   Semalam kau ucap kata sayang kata cinta; Hari ini kau diam tanpa kata; Ku harap esok kau mengungkapkannya semula.   Semalam aku terluka; Hari ini aku belajar; Esok takkan berulang semula perkara yang sama.