RAMADHAN datang LAGI

 

pejam celik pejam celik, dah setahun berlalu. Terasa terlalu cepat masa pergi meninggalkan kita. Masuk tahun ni, dah 3 kali aku berpuasa jauh dari mak ayah. Masa tahun 2008, aku berpuasa di Kajang bersama family abg aku, pada tahun lepas dan tahun ni aku berpuasa di tempat aku belajar ni. Macam manapun, aku harap sangat tahun ni aku dapat sambut raya pertama dengan mak ayah, cukuplah 2 tahun berturut-turut aku menangis masa malam raya. Tapi, mesti tahun ni mak dan ayah rasa lain sikit time puasa ni. ye la, ayah sambut hari pertama puasa di KEMBOJA dan mak kat pahang. Mesti mak rasa sunyi kan, kesian mak, tak sabar nak balik cuti minggu depan ni, nak berpuasa dengan mak. Dah lama sangat tak berbuka sama-sama. (tetibe nak mengalir airmata plak)….

aku harap sangat yang bulan puasa kali ni, puasa aku lebih sempurna berbanding tahun- tahun lepas……insyaAllah ,aku akan cuba elak dari perkara yang melalaikan aku.

 

Bila cakap pasal puasa, tak sah kalau tak sebut pasal persiapan raya. sejujurnya, aku belum tempah baju raya lagi. tak tahu bila nak tempah. Silap- silap jadi cam tahun lepas, malam raya baru sebok nak cari baju raya. nak beli pun susah sebab tak ada saiz….. takkan nak beli baju budak- budak kot, macam x seswai jer…huhuhu……sy da 20 tahun yer, bkn 12 tahun……=p

 

OK lah, disebabkan ada lagi kerja nak kena siapkan, ni je la yg saya sempat melalut…..next time, sambung lagi…huhuhu……

Comments

Popular posts from this blog

Kenapa Kita Berkawan?

Laksa Vietnam ( Bansong)

blog cik epal da dpt 2k++,aku?