Wednesday, May 5, 2010

apa kaitan hidup dan JAM???

ada orang kata hidup kita ni macam roda..

sekejap di atas n sekajap di bawah…

ada orang kata hidup ni banyak ujiannya…..

dan tak semua orang tabah melaluinya….

ada orang kata hidup kalau tak ada ujian,tak mencabar….tak adventure katanya…tp betul ke???

ada orang kata hidup ni simple je….ikut peraturan dan settle….

ada orang kata hidup ni rumit sebab terlalu banyak masalah yang menimpa….

walau apa pun kata mereka,bagi saya hidup ni macam jam….

kenapa macam jam??? dan kenapa mesti jam…..

kalau kita tgk jam, jarum jam sentiasa bergerak,macam tu juga la hidup kita….sentiasa berjalan,tak pernah berhenti kecuali kita mati…

jarum jam sentiasa bergerak ke depan dan bukan mengundur….samalah macam hidup kita, kita tak boleh buat masa tu berundur walau sesaat….even kita jalan berundur sekalipun,masa masih lagi bergerak meninggalkan kita….

jarum jam tak pernah ada setempat,sentiasa bergerak dan bergerak….macam tu juga lah nasib hidup kita….bukan setiap masa kita boleh tertawa dan bergembira,kadang kala kita tetap akan menitiskan airmata….

 

bila tengok perkaitan antara hidup kita dan jam,banyak yang kita boleh simpulkan….masa sentiasa berlalu dan tidak akan cepat atau lewat walaupun sesaat….masa sentiasa meninggalkan kita tanpa berfikir sama ada kita sudah bersedia untuk ditinggalkan….adakala masa melalaikan kita dan adakala masa menyedarkan kita….tempoh hayat kita di bumi ni pun di kira dlm betuk masa(tahun,bulan,hari,jam,saat)….semuanya berkait dengan masa(jam)…..saya suka jadikan jam sebagai simbolik hidup saya…..

 

semua orang ada pendapat dan pandangan mereka sendiri…..dan itulah pandangan saya…..hidup kita ibarat JAM!!!!

jam tangan atau jam dinding,terpulanglah pada anda……

=)……(^.^)

No comments: