Posts

Showing posts from December, 2013

ISM Teknologi Maklumat – Semester 4.

Image
19/12/2013 , Secara rasminya tamatlah sudah semester 4 aku. Hihihi. Seronoknya! Berhempas pulas jawab exam tadi. Dah la banyak kira-kira, letih betul menulis dan mengira. 1 soalan je dah 4 pages jawapan. Mana tak penat. Huhuhu… Dah habis semester tapi masih lagi di rumah sewa. Minggu depan baru balik la kot. Badan penat lagi, setiap hari study sampai 4 – 5 pagi. Study la kononnya kan. Hahahaha.. Tapi rasa berbaloi la dengan usaha aku tu bila boleh jawab exam, memang ada soalan yang susah nak jawab, tapi jawab aje la. Jangan dibiarkan kosong, dapat 1 markah pon ok la. 1 yang boleh menggenapkan 9 menjadi 10. hihihi… Semester 4 ni semester yang penuh warna warni. Macam macam jadi, ketawa, menangis, semua ada. Tapi ending semua yg happy saja. Alhamdulillah. :) Semester yang memenatkan bila projek untuk setiap subjek semua dapat last minute. Huhuhu… Takde study week. Minggu exam yang busy dengan projek dan kelas ganti sampai tak rasa langsung macam esoknya tu ada paper. Busy tp masi...

Kehilangan Yang Berat

Lama sangat tinggalkan blog. Hajat hati nak jenguk tapi masa tak mengizinkan. Banyak pulak kerjanya haa. Hurm. Sekarang pon final exam week. Baru lepas buat revision, curi masa untuk update sekejap. Update sekadar meluahkan rasa sedih dalam hati. Hurm. Hari Isnin, 16/12/2013, dapat khabaran sedih dari anak buah kat Pahang. Katanya nenek aku dah meninggal. Aku yg tengah nak suap nasi kerabu ni, terus mengalir air mata. Sedih. Aku tak mampu nak cakap apa apa. Nenek meninggal 6.00pm waktu Malaysia. Dikebumikan di kampung daerah Siem Reap, Kemboja. Aku pon tak tau nama kampung nenek aku. Aku tak dapat jumpa arwah sebelum arwah pergi, itu yg buat aku sedih. Last aku jumpa arwah masa zaman sekolah. Lama, terlalu lama. Aku rindu tapi jarak memisahkan kami dan kini dia telah pergi selamanya. Ibu kepada mak. Aku sebagai cucu pun rasa kehilangan sangat, apatah lagi mak kat Pekan. Aku sedih, aku takde di sisi mak masa mak dapat berita nih. Ada yang tanya, kenapa tak balik? Sebenarnya parent...